Dari kacamata aku melihat....

warna-warna kehidupan

Wednesday, August 30, 2006

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 49


31 Ogos Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang muliaHari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Bosan Dengan Keletihan ?

Oleh Rosliwaty Ramly
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Anda kelesuan, tidak bermaya dan tidak tahu kenapa?Lantas rakan syorkan supaya menemui doktor. Setelah diperiksa dan menjalani ujian kesihatan, anda lega kerana disahkan sihat -- tiada anemia, kencing manis atau penyakit jantung.Sememangnya meyakinkan. Doktor anda prihatin. Diberinya preskripsi untuk pil multivitamin dan berkata," Anda akan sihat."Bagaimanapun, keadaan tidak banyak berubah. Anda masih mengalami keletihan.Hakikatnya, anda tidak keseorangan. Berton-ton pil diambil setiap tahun oleh mereka yang berkeadaan lesu semata-mata untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian. Namun pil-pil yang ditelan itu tidak banyak membantu.Jika anda bangun dari tidur, berasa lesu dan kerap meluahkan "Aku penat" setiap waktu, maka kebanyakan doktor akan berkata bahawa anda sebenarnya sedang mengalami keletihan atau kepenatan yang kronik.Untuk melegakannya, kebanyakan doktor mengesyorkan beberapa taktik pemulihan, termasuk:
1. SENAMAN
+ Mulakan hari anda dengan berjalan untuk seketika bagi mengembalikan tenaga dan menghidupkan "enjin" badan. Latihan jasmani adalah satu sumber tenaga yang baik kepada badan dan otak. Aturkan jadual latihan dan patuh kepadanya, nescaya anda akan menyedari manfaatnya.
2. USAH GOPOH+ Jangan mulakan hari anda dengan tekanan masa. Sentiasa simpan beberapa minit untuk kesesakan jalan raya, kelewatan yang berpunca daripada orang lain dan jika tidak dapat dielakkan, jadualkan semula rancangan harian anda. Jadual yang tergesa-gesa merampas tenaga anda tanpa sebab.
3. ATURKAN JADUAL HARIAN
Oleh kerana hidup penuh dengan "kemestian", wajar bagi anda tentukan apakah yang terpenting dan pastikan apa yang hendak dilakukan. Usah biarkan kebiasaan menguasai anda.Ingat, anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang.
4. LAKUKAN HANYA APA YANG BOLEH
Pada kebanyakan masa, kejujuran adalah dasar terbaik. Jangan hanya pandai menyanggupi setiap tugas yang diberi tetapi akhirnya tidak berupaya untuk melaksanakannya.Anda mestilah pandai mengetahui bila anda tidak berupaya lagi dan belajarlah menolak - asalkan dengan cara yang lembut dan jujur. Menyanggupi terlalu banyak tanggungjawab seperti menggali kubur sendiri. Jangan biarkan diri termasuk perangkap itu.Uruskan sesuatu satu demi satu. Kerap kali anda akan merasa keletihan semata-mata kerana memikirkan "Aku terlalu banyak kerja, di mana harus aku mulakan dan bagaimana boleh aku siapkannya".Penawarnya mudah. Sediakan satu senarai, tentukan keutamaan anda dan pantau kemajuan, dengan melakukan sebaik mungkin tugas yang ada dalam tangan. Akhirnya, semua kerja dapat dibereskan dan anda masih segar-bugar.
5. JAGA BERAT BADAN
+ Jaga berat badan agar sentiasa langsing. Jika tidak, beberapa paun berat tambahan pasti mempercepatkan kelesuan.
6. MAKAN DENGAN TERATUR
Jangan tersilap pilih makanan. Usah sekali-kali abaikan sarapan pagi dan jangan memaksa mulut menerima segala-galanya kerana takut tidak sempat untuk makan tengah hari atau petang.Makanan yang seimbang penting untuk membebaskan diri daripada kelesuan atau keletihan.
7. TIDUR ADALAH TONIK
Amalkan tidur sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam setiap malam, dan rehatkan mata sejenak waktu siang, jika ia boleh membantu menyegarkan badan serta tidak menjejaskan tugas.Terlalu banyak berjaga malam pasti melesukan anda, tetapi jangan pula sampai terlalu banyak tidur kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala ketika bangkit dan pening-pening sepanjang hari.
8. REHATKAN OTAK
Merehatkan otak dengan meditasi, berdoa atau bersembahyang dan mendengar alunan muzik yang menenangkan adalah penawar terbaik untuk mengatasi kelesuan atau tekanan.
9. BANYAK MINUM AIR
Banyakkan minum air kerana ia adalah perangsang tenaga. Berendam dalam kolah mandi pasti melenyapkan terus kelesuan. Jika anda suka berenang, teruskan kerana ia satu latihan jasmani yang baik. Begitu juga dengan mandi sauna dan jakuzi.
10. KETAWA SEBAGAI PENAWAR
Ketawa juga adalah penawar terbaik. Selitkan kehidupan anda dengan jenaka dan gurauan. Gelak ketawa boleh membebaskan diri secara fizikal dan mental.
11. USAHAKAN PERUBAHAN
Jika terus berhadapan dengan kebosanan, segala-galanya menjadi lumrah dan tidak ada yang baru, kelesuan pasti menerpa. Jangan biarkan ia berlaku. Sahut cabaran baru. Lakukan kelainan terhadap sesuatu pendekatan. Cergaskan diri nescaya hidup akan bertambah ceria.Ingatlah bahawa menerokai sesuatu adalah fitrah manusia. Ia mendatangkan banyak keseronokan dan mencungkil sumber tenaga dari dalam diri anda. Lakukan sesuatu yang digemari. Luangkan masa untuk membaca, pergi berkelah, kunjungi kawan dan ceriakan diri.
12. TANGANI TEKANAN
Cuba kurangkan tekanan emosi. Dengan membiarkan pemikiran anda dihantui dan diselubungi kebimbangan, kebencian, ketakutan, cemburu dan prasangka, ia boleh memusnahkan tenaga anda.Juga tangani tekanan setelah ia timbul dan terima tanggungjawab tanpa merungut. Anda akan jadi bahagia dan lebih bertenaga jika mampu mengemaskinikan tugasan yang perlu.
13. PERIKSA DENGAN DOKTOR
Jika anda mengambil sesuatu ubat untuk jangka masa yang panjang, tanyakan doktor anda sama ada ubat itu ada memberi kesan sampingan.
14. PERGI BERCUTI
Penghidupan bukan untuk bekerja semata-mata. Bekerja tanpa henti membuatkan hidup anda hambar. Justeru, cari masa dan tempat sesuai untuk beristirahat.Cuba patuhi panduan mudah ini, mudah-mudahan kelesuan dan keletihan tidak lagi membelenggu anda.-- BERNAMA

Monday, August 28, 2006

Batman dead end

Batman dead end

Filem pendek dari Sandy Collara. Adaptasi dari komik. kalau ada filem macam ni sure meletup punya.

Sudah kawin ka belum ?



Satu kapel yang sempat aku snap.
Petang Ahad lepas aku lepak kat Pantai Robina atau Pantai teluk Air Molek. Fu yoooo ramai kapel -kapel. Salah satu kapel yang aku dok usha kapel ni. Selamba saja peluk -peluk kat orang ramai. Mungkin mereka dah kawin dan nak beromantis. Itu kalau dah kawin kalau belum?..Anak siapa ni ayyy..?

MERDEKA...!


Hari ni lepas makan aku pi kat satu kedai beli satu barang.

"Boss, ambik tu" aku tunjuk benda yang ada kat tokey kedai tu. Dia ambik barang tu . Aku dah buka dompet nak bayar. Benda tu selalu aku beli RM 3.00 .

"Berapa ? " Tanya aku,

" Three dollars" kata tokey tu

" Wuihh mahainya, 3 dollar darap dengan mata wang malaysia lagi, hmmm tak jadi beli lah tokey" kat aku sambil keluar dari kedai tu. Tokey tu terkedu..

Friday, August 25, 2006

Aksi pengganas

Thursday, August 24, 2006

Kita dan perkataan "DILARANG"

Pantai Robina.
Papan tanda " DILARANG MENJAJA DI KAWASAN INI". Pemandangan biasa di kawasan-kawasan tumpuan. Jika di kawasan perumahan papan tanda 'DILARANG MEMBUANG SAMPAH " tempat membuang sampah. Naluri manusia apabila dilarang lagi nak dibuat.
Macam kes berniaga masing-masing ada alasannya :

Alasan Majlis Perbandaran Seberang Prai :
Kita tak nak sampah merata-rata. Kita dah sediakan tempat berniaga yang teratur. Peniaga-peniaga yang berniaga tanpa kebenaran ni akan mencemar pemandangan di sini. Sampah akan dibuang merata-rata.

Alasan Peniaga:
Tapak perniagaan tak cukup. lagi pun kita dah lama berniaga kat sini sebelum tempat makan tu dibina.

Wednesday, August 23, 2006

Restoran Nasi kandar



Mengapakah Nama "Allah" di gantikan dengan "Tuhan". So, renungkan lah...dan buat lah apa yang patut.

Sebelum makan-makan kat restoran, pandang-pandanglah dulu sekeliling.

Thursday, August 17, 2006

Night Driving Tips


Memandu antara pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi adalah berisiko tinggi. Terutama apabila badan dah bekerja teruk diwaktu siang. Antara tips-tips apabila memandu berseorangan di waktu malam :

(1) Pasti lampu kereta berada dalam keadaan " sihat". Semua lampu kereta lah , lampu isyarat,lampu depan, belakang dan lampu brek.
(2) Pastikan cermin hadapan kereta bersih dari kekotoran yang akan mengganggu pemanduan. Wiper nak kena elok. kalau dah "uzur" kena tukar.
(3) Jangan memandu terlalu laju. Biasalah dok bawa laju-laju pun nak lari dari sapa?
(4) Guna lampu "high beam" dengan bijak. Masa siang ada orang pakai lampu 'high beam" nak suruh kita ketepi sebab dia nak lari. Bijak ke tak?
(5)Jangan memandang lampu kereta dari arah bertentangan. Silau lagi. Boleh leka kalau dok tengok lama-lama.
(6)"Senamankan" mata dengan memandang banyak arah dari menumpukan pada satu arah. Kalau memandu di jalan biasa tengok la papan tanda,kedai-kedai. Kalau memandu kat highway nak tengok apa ya?. Tengok kereta didepan la kot.
(7) Bawa peralatan seperti lampu suluh dan alatan-alatan kecemasan. Mana tau kalau-kalau kereta breakdown kat tengah jalan . Kiri kanan hutan kelapa sawit plak. Kalau rosak kat highway , telepon saja PLUS.
(8)Kalau letih sangat, tidoq . Jangan plak tidoq masa memandu. Singgah mana-mana tempat rest sat.
(9) Dengar radio atau kaset. Kalau rosak. Menyanyi la sorang-sorang. Jangan ada suara latar sudahlah......

Tuesday, August 15, 2006

Gelaran

Kita memanggil orang dengan beberapa maksud atau niat
untuk memalukan /menghina
untuk memuji

Untuk memalukan. Selalunya berkait dengan fizikal atau perangai seseorang. Sebagai contoh jika seorang itu tempang , dengan pantas kita memanggilnya mat tempang. Jika seseorang itu gagap di panggil dia mat gagap. Begitulah gelaran yang lain-lain. Adakah kita berbangga menggelar seseorang dengan panggilan sebegitu?. Ada dua keadaan jika orang yang digelar sedemikian akan bertindak; melawan atau diam.

Untuk memuji selaluyan tidak mendatangkan masalah . Intan payung, buah hati ku, dan lain-lain.

Aku cuma terfikir adalah gelaran mat remp-it ni manggalakkan lagi atau memalukan lagi .
Seorang kawan pernah ternampak jaket beberapa orang ditulis "mat rempit". Maksudnya depa ni bangga digelar mat remp-it.

jika disebut mat remp-it apa yang terbayang di kepala kebanyakan kita?. Lumba moto, angkat taya, kalau menang dapat bohsia , aksi berani , . fuh macam-macam lagi.. kalau kita promosi macam ni kat kanak-kanak yang baru nak kenal dunia agaknya dia nak tolak atau tidak?

Rasanya dah banyak promosi untuk mat moto ni. Lagi banyak promosi lagi banyak kes-kes lumba haram. Akhbar pula kalau disiarkan gambar mat rempit mangankat tayar selalunya disertai dengan keterangan " AKSI BERANI DARI MAT REMPIT" . Betul ke depa ni berani? sepatutnya ditulis " AKSI SI PENAKUT NAK HIDUP"

Cuba banyangkan bila disebut mat rempit kita bayangkan ; langgar warga emas, langgar polis, takut untuk hidup ( menghadapi cabaran hidup) PENAKUT, anak manja, tidak berdikari,
Boleh tak?

Mungkin ada yang kata tak semua mat rempit buat macam tu. memang la yang naik moto elok2 bukan mat rempit .

jadi gelaran apa yang patut diberikan pada depa ni?... mat penakut ok?bayangkan kalau di jaket ditulis mat penakut.

Remp- it untuk kesedaran atau mengalakan?

Filem Remp- it ditayangkan di pawagam.


Remp-It - Farid yakin dengan sentuhan Ahmad Idham
Oleh Nor Fadzilah Baharudin
Filem aksi terbaru Remp-It bakal menerjah 38 pawagam tempatan mulai 10 Ogos ini. Filem yang menelan belanja RM1.68 juta ini telah menjalani penggambaran selama sebulan di sekitar Lembah Klang pada Januari lalu.
Filem ke-19 terbitan Metrowealth Production Sdn. Bhd. (MMP) ini memperlihatkan Farid Kamil sebagai penulis skrip dan teraju utama di samping pelakon lain seperti Julia Hana dan Cat Farish.
Biarpun masing-masing telah berlakon untuk beberapa buah filem, filem Remp-It mempunyai keistimewaan pada mata mereka.

Melakonkan watak-watak jahat memeng menjadi idaman para pelakon kita . watak baik tak glamour. Maka berebut-rebutlah pelakon nak kan watak -watak jahat . Lagi jahat lagi umppp


Tambah Farid, skrip yang dihasilkannya bukan untuk mat rempit semata-mata. Tetapi kupasan tentang kehidupan sebenar serta pengajaran yang ingin disampaikan melalui filem ini.

Kononnya ada mesej yang nak disampaikan. Mesejnya ialah glamour menjadi seorang mat remp-it . Naik moto secara membunuh diri baru trill. Bagi aku jarang orang nak tengok mesej-mesej ni. Bangga ooo jadi mat remp-it . Filem kisah depa pun ada di pawagam. Kalau kisah orang baik-baik plak sapa nak tengok . betul tak?

Bagi Julia Hana pula, membawakan watak Eika tidak memberikannya masalah.
“Watak Eika ini tak berat sangat. Cuma dua babak di atas katil bersama dua lelaki berlainan itu agak berat untuk saya bawa. Sebab bila baca skrip lain, tapi bila sampai di lokasi pengarah suruh buat lain pula,” katanya,
Bagaimanapun, Julia tetap berpuas hati dengan watak yang dibawanya.
Memang saya idamkan bawa watak yang lain sedikit berbanding watak yang selalu saya bawa. Saya mahu mempelbagaikan lakonan saya demi kebaikan masa depan,” jelasnya.

Watak idaman para pelakon Malaysia .

Menyentuh mengenai satu babak antara Julia bersama Aqasha yang dikatakan telah menyentuh buah dadanya, kata Julia, “Itu cuma camera trick. Jangan salah faham dan saya harap tak ada pihak yang mempertikaikannya.”

Hmm nak pertikai atau tidak.

Wednesday, August 09, 2006

Perasaan kita bila membaca berita ini, sedih? marah?biasa?


Edisi Tengah: Bayi dalam sampah
Oleh Ahmad Syahrul Derauham@hmetro.com.my
NILAI: Seorang pekerja jentolak warga Indonesia terkejut apabila mendapati objek yang terjulur keluar daripada plastik sampah hitam di tapak pelupusan sampah di Pajam, dekat sini, adalah kepala mayat bayi lelaki.Kejadian berlaku jam 2.10 petang semalam, apabila pekerja terbabit yang hanya dikenali sebagai Rozi, 42, sedang menolak timbunan sampah dengan jentolak di tempat pelupusan itu.Katanya, ketika menolak sampah, dia terlihat sesuatu yang meragukan pada satu plastik hitam yang sudah koyak dalam timbunan sampah itu lalu memberhentikan jentolaknya.?Ketika memerhatikan plastik itu, saya tergamam apabila mendapati benda yang terjulur keluar dari plastik hitam yang sudah koyak itu adalah kepala mayat seorang bayi. ?Saya panik dan terus menjerit memberitahu kepada rakan lain yang turut berada di sekitar tempat itu,? katanya.Sejurus selepas itu, beberapa pekerja yang lain datang mengerumuninya sebelum memeriksa kandungan plastik itu dan mendapati mayat bayi lelaki dalam keadaan menyayat hati.?Saya dapati ada kesan cedera di dada kiri mayat bayi terbabit tetapi tidak pasti sama ada kesan itu disebabkan kesan tolakan jentolak atau kesan lain.?Saya percaya mayat bayi ini diangkut lori sampah yang menghantar sampah sejak awal pagi dan mustahil ada orang yang datang membuangnya di sini,? katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Assisten Komisioner Hasanuddin Hassan, berkata polis menerima laporan daripada pekerja terbabit beberapa minit selepas itu.Katanya, mayat bayi lelaki itu baru dilahirkan dan masih mempunyai tali pusat.?Polis akan menjalankan siasatan berhubung penemuan ini berdasarkan hasil bedah siasat nanti,? katanya.Beliau tidak menolak kemungkinan mayat bayi terbabit dibuang di dalam karung sampah itu sebelum dibawa lori pengangkut sampah ke kawasan pembuangan itu.Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja?afar untuk bedah siasat.

Tak tahu adakah bayi berkenaan hasil dari kejadian rogol atau zina.

Saturday, August 05, 2006

Kepulangan.

SUNGAI PETANI: Tunggu punya tunggu tapi (Azlini) tak sampai juga. Sepatutnya semalam atau pagi ini dah sampai ke rumah sebab dia berjanji nak balik pada hujung Julai atau pun awal Ogos ini.?Tak sangka kami akan terima mayatnya saja,? kata Zainah Awang, 43, ibu kepada mangsa rogol dan bunuh yang mayatnya ditemui, Selasa lalu.Mayat Azlini Azmi, 26, anak sulung dari tujuh beradik ditemui dalam keadaan separuh bogel hanya memakai seluar dalam serta coli yang sudah terlondeh serta terdapat beberapa kesan tetakan di leher, dagu, rusuk dan tangan di bekas tapak kuil di Jalan 8/9, Sungai Way berhampiran Bangunan Bali, Petaling Jaya.Zainah berkata, hasrat pulang ke rumah itu disampaikan ketika arwah menelefon adiknya, Azma pada 18 Julai lalu memberitahu dia akan balik pada hujung bulan (Julai) atau awal bulan ini.Malah, kali terakhir saya berbual dengan arwah pada 20 Julai lalu ketika menelefonnya untuk bertanyakan keadaan adiknya yang demam berikutan dia tidak dapat pulang kerana kesibukan bekerja.?Saya begitu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Azlini kerana kali terakhir dapat bertemu dengannya kira-kira empat bulan lalu ketika dia pulang bercuti pada April lalu,? katanya.Kata Zainah, berita kematian Azlini itu disampaikan oleh suaminya Azmi Nayan, 49, kira-kira jam 4 petang kelmarin yang dihubungi pihak polis dari Petaling Jaya ketika dia sedang berniaga tidak jauh dari rumahnya.?Sebelum bekerja di Kuala Lumpur, Azlini pernah bekerja di kilang di Bakar Arang dan Taman Ria Jaya sebelum membuat keputusan untuk bekerja di kilang MEMC Sdn Bhd, Shah Alam sejak dua tahun lalu.?Arwah sebelum itu tinggal bersama bapa saudaranya, namun mengambil keputusan untuk tinggal bersama rakannya di rumah sewa sejak empat bulan lalu dengan sewa RM400 sebulan.?Saya pasrah dan reda dengan pemergiannya kerana sudah kehendak takdir, tetapi apa yang tidak dapat diterima kami ialah cara kematiannya,? katanya.


Harap orangyang bertnaggung jawap dapat ditangkap dan diheret di jalan raya..

Wednesday, August 02, 2006

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL ?
Nasihat pihak polis

(1) Selalu gunakan jalan yang pernah dilalui oleh orangramai, jangan mengikut jalan yang dekat dan gelap. Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orangramai.

Nasihat pihak polis
(2)Berpakaian dengan sempurna, kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.

(3)Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali.

(4)Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi.

(5)Jangan biasa balik rumah larut malam. Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan atau tidur di perhentian bas.

(6)Biasakan diri bersiar-siar atau berjogging dalam kumpulan.

(7)Ibubapa dan penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan kecil pergi ke kedai untuk membeli barang di waktu malam.

(8)Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.

(9)Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau mengigit badan perogol untuk melepaskan diri.

(10)Lapor kepada Polis dengan segera apabila anda diganggu.


Satu lagi kisah menyayat hati...

Edisi Nasional: Novel cinta mayat separuh bogel
Oleh Mohd Nur Asnawi
Daudasnawi@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Penemuan dua novel cinta mungkin boleh menjadi petunjuk penting untuk mengenal pasti identiti mayat wanita, dipercayai mangsa rogol dan bunuh, di bekas tapak kuil di Jalan 8/9, Sungai Way berhampiran Bangunan Bali di sini, petang semalam. Novel Bisikan Rindu dan Ombak Rindu itu ditemui dalam sebuah beg kertas berhampiran mayat mangsa yang terlentang dalam keadaan separuh bogel dengan beberapa kesan tetakan di leher, dagu, rusuk dan tangan.Ketika ditemui, mangsa berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun hanya memakai seluar dalam serta coli yang sudah terlondeh dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.Malah, polis turut menemui kuih siput selain sehelai baju berwarna merah dan seluar panjang hitam disyaki milik mangsa. Mata mangsa juga ditutup menggunakan selendang putih disyaki dilakukan penyerangnya.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Hazam Abdul Halim, berkata polis menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 2.15 petang mengenai kejadian itu dan sepasukan polis dihantar untuk melakukan siasatan.Menurutnya, pemeriksaan awal polis mendapati mayat mangsa terlentang dengan beberapa kesan tetakan dipercayai menggunakan senjata tajam.“Mangsa juga mungkin cuba mempertahankan diri ketika diserang berdasarkan kesan kecederaan pada tangannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.Pemeriksaan ahli patalogi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dipanggil ke tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai mati antara 18 hingga 24 jam sebelum mayatnya dijumpai.Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan penyerang mangsa lebih daripada seorang.Difahamkan, kawasan itu dijadikan jalan pintas oleh orang ramai ke tempat kerja di Subang Mentari, tidak jauh dari situ. Mohd Hazam berkata, polis masih mencari senjata tajam yang digunakan pembunuh untuk menyerang mangsa.Hasil bedah siasat di PPUM petang semalam mendapati mangsa mati kerana kecederaan parah di leher akibat tetakan.Sepasukan anggota forensik polis turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu penyiasatan.Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79562222 atau balai polis berhampiran.


Takziah kepada keluarga mangsa.