ANDY LAU SING A MALAY SONG!
Thursday, December 14, 2006
Friday, October 20, 2006
Thursday, October 19, 2006
Monday, October 09, 2006
Identiti
Utusan melaporkan di Kulim setelah 14 tahun berkahwin dan dikurniakan tiga anak, Rohida Mohammad, 42, menyedari suaminya yang kini telah menghilangkan diri, menggunakan identiti orang lain semasa mengahwininya pada 1992.Kes Mohd Syarizal aku pelik sikit sebab aruah Norizam Ahmad membeli kereta berkahwin menggunakan IC Mohd Syarizal. Tak ada link antara pejabat polis dengan lain -lain jabatan ka? Maksudnya kalau bila nak membuat satu urusan penting, "key in" no IC saja tentu dapat data-data yang berkaitan, macam laporan IC hilang dan sebagainya.
Macamana pun bila aku baca Mingguan semalam, kesian plak aku kat Norizah Hamzah. Dia tak tahu yang suami dia pakai IC orang lain. Tak dapat bayangkan macamana perasaan dia.
Cicak Man
Ok jugak satu pembaruan untuk filem cinta . Sekurang-kurangnya ada special effect jugak( Kisah CicakMan ni pun aku rasa kisah cinta )
Kisah Nurliyana
DI sebalik gelak tawa dan senyuman manja itu, tersimpan satu penderitaan yang begitu sukar untuk digambarkan bagi seorang kanak-kanak seusia dengannya.Siti Nurliyana Arsila Abdul Raob, 4, pada zahirnya menampakkan ciri-ciri seorang kanak-kanak yang manja dan periang. Malah riak wajahnya tidak langsung menampakkan yang dia sedang menderita mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai Acute Exacerbation of Bronchial Asthma atau lebih dikenali dengan panggilan asma.
Anak kelima daripada enam orang adik-beradik ini telah mengalami penyakit itu sejak dari umurnya dua tahun. Bayangkan ketika kanak-kanak lain sibuk berpusu-pusu di padang permainan, dia pula sedang menunggu giliran untuk dipanggil namanya oleh doktor untuk mendapatkan oksigen.
Menurut ibunya, Rosmafatimawaty Othman, 38, oleh kerana terlalu kerap ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengambil oksigen, dia sudah dikenali oleh doktor di situ dan kadangkala Siti Nurliyana tidak perlu lagi untuk menunggu giliran namanya.
“Doktor menyarankan supaya kami membeli peralatan mesin oksigen tersebut. Oleh kerana terlalu mahal dan mencecah harga sehingga seribu ringgit, maka terpaksalah kami melupakan hasrat tersebut,” ujar Rosmafatimawaty dalam nada hampa.
Ekoran ayahnya, Abdul Raob Jantan, 42, hanya seorang pekerja kilang yang berpendapatan bersih RM630 sebulan, maka terpaksalah mereka melupakan hasrat untuk memiliki mesin tersebut walaupun keinginan dalam hati meluap-luap untuk melihat anak mereka mendapatkan oksigen tanpa perlu berulang-alik ke PPUM.
Tambahan pula, hanya bapanya seorang yang bekerja dalam keluarga tersebut sedangkan pelbagai bayaran dan komitmen harus diambil kira setiap bulan.
Menurut bapanya, kos untuk mengambil oksigen di klinik swasta adalah sebanyak RM20 hingga RM30. Siti Nurliyana perlu mengambilnya sekurang-kurangnya tiga hari sekali bergantung pada keadaan cuaca. Jika terlalu sejuk, maka akan lebih kerap mereka ke PPUM.
Setiap malam, Rosmafatimaty tabah melihat anaknya itu menarik nafas dengan begitu terseksa. Menurutnya, Siti Nurliyana terpaksa menggunakan tiga biji bantal untuk tidur dan setiap kali hendak tidur, ibunya akan mengurut dadanya dengan minyak angin sehinggalah dia tertidur.
Apakan daya, itu sahaja yang termampu dibuat oleh si ibu untuk melihat anaknya lena tidur.
Walaupun berat untuk bapa membuka mulut meminta bantuan, tetapi akibat desakan hidup dan keperluan anak kesayangannya itu, Abdul Raob terpaksa jua meluahkan segala yang terpendam.
“Jika ada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepada kami, ia amatlah kami alu-alukan. Kami tidak minta banyak, cukuplah sekadar mesin oksigen itu buat penyambung nyawa anak kesayangan kami ini,” ujar Abdul Raob dalam nada sebak.
Penulis meninggalkan mereka sekeluarga dengan perasaan berbaur sedih. Apa yang termampu dilakukan hanyalah melakarkan satu lagi kisah sedih yang berlaku di tengah-tengah kesibukan manusia.
Menjadi harapan penulis agar para pembaca meluangkan sedikit masa memikirkan peranan dan tanggungjawab kita sebagai warga yang bernasib baik supaya melakukan sesuatu atau setidak-tidaknya menghulurkan sedikit bantuan kepada orang yang memerlukan pada bulan yang mulia ini.
Mungkin bantuan yang dihulurkan sedikit, tetapi jika dikumpul ia dapat meringankan lagi beban yang selama ini hanya ditanggung oleh mereka sekeluarga.
Bagi pembaca yang ingin meringankan beban Abdul Raob, anda boleh menghubungi beliau di talian 012-6652352
Dari Utusan
Friday, October 06, 2006
Lau Jun Wei
Lukisan yang terdapat di bilik didiamiLau Jun Wei bersama ibu serta teman lelakinya
JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia tiga setengah tahun mati di sebuah klinik swasta di Taman Universiti di sini petang kelmarin, selepas dipercayai didera berdasarkan kecederaannya termasuk melecur di belakang badan.
Berikutan itu, polis menahan ibu mangsa dan teman lelakinya di rumah sewa di taman berkenaan sebaik menerima laporan mengenai kematian kanak-kanak itu.Mangsa, Lau Jun Wei, dikatakan ditinggalkan di klinik berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri, kira-kira jam 3.30 petang.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Johari Yahya, berkata doktor di klinik itu mengesahkan mangsa meninggal dunia dan memaklumkan polis selepas melihat kecederaanya.Terdapat kesan luka dan lebam di kaki, tangan dan mata Lau, manakala belakang, ada kesan melecur dan tanda bekas dirotan di kepala."Kita sudah menahan ibu mangsa berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 23 tahun petang semalam," katanya.Pasangan terbabit kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.Difahamkan, ibu kanak-kanak itu, yang berasal dari Tangkak, bercerai dua tahun lalu manakala teman lelakinya dari Pontian.Teman serumahnya yang hanya mahu dikenali sebagai Thien, berkata pasangan itu tinggal bersama sejak tiga bulan lalu.Katanya, lelaki itu bekerja sebagai penjual telefon bimbit manakala wanita berkenaan tidak bekerja."Bagaimanapun, saya hanya melihat Lau sebanyak tiga kali di kawasan sekitar rumah dan mangsa sering termenung dan murung serta tidak seceria seperti kanak-kanak lain," katanya.Thien berkata, kanak-kanak itu dikurung dalam bilik berseorangan dan beliau pernah mendengar Lau menangis serta menghentak kaki.
Aku renung gambar budak ni. Bayang kesakitan yang ditanggung...........Harap pihak yang bertanggungjawap dapat hukuman yang setimpal.
Wednesday, October 04, 2006
Tuesday, October 03, 2006
Keselamatan di Office

Besi dah melukakan diri ku. Besi yang ada kat meja bilik mesyuarat. Kadang-kadang kita terlalu bekerja untuk orang lain sampai lupa kat diri kita. Masa tu aku dok dengar pasal NIOSH .
Keselamatan Pejabat
Ramai orang menganggap pejabat merupakan tempat kerja yang selamat. Walaubagaimanapun, kita boleh menyebabkan atau menjadi mangsa kepada bahaya yang mungkin berlaku.
(1) Sentiasa pastikan laci fail tertutup apabila tidak digunakan. Jangan buka lebih daripada satu laci fail pada satu-satu masa.
(2) Jangan mencondongkan kerusi semasa duduk. ( aku selalu buat cam nih)
(2) Jangan mencondongkan kerusi semasa duduk. ( aku selalu buat cam nih)
(3) Perhatikan langkah anda . Jangan membaca semasa berjalan.
(4) Jangan berdiri di atas meja atau kerusi untuk mengambil sesuatu dari tempat tinggi.
(5) Jangan letakkan sebarang objek (pensil, pen, jari dll) di dalam mesin taip, mesin kira, mesin fotokopi semasa ia digunakan.
(6)Sentiasa matikan suis mesin(komputer,pencetak, mesin taip, mesin kira, mesin fotokopi) sebelum proses memperbaiki dan melaraskannya.
Mesin Fotokopi
(5) Jangan letakkan sebarang objek (pensil, pen, jari dll) di dalam mesin taip, mesin kira, mesin fotokopi semasa ia digunakan.
(6)Sentiasa matikan suis mesin(komputer,pencetak, mesin taip, mesin kira, mesin fotokopi) sebelum proses memperbaiki dan melaraskannya.
Mesin Fotokopi
(1) Pastikan kawasan mesin fotokopi mempunyai pengudaraan yang baik. Dicadangkan dalam keadaan tingkap dan pintu yang terbuka.
(2) Selenggara mesin fotokopi secara teratur agar dapat mengurangkan hazad gas dan hazad vapor.
(3) Pakai sarung tangan apabila cuba untuk mengisi semula dakwat.
(4) Apabila sedang membuat fotokopi pasti anda menutup dokumen mengguna pelindung.
Lapor sebarang kerosakan mesin.
Suis kat situ saja..
Edisi Utara: Nyaris dirogol dalam bas
Oleh Yahya Awangam@hmetro.com.my
TAIPING: Tindakan nekad seorang askar wanita melawan serta menendang anggota sulit seorang pemandu bas ekspres serta pembantunya berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 20 tahun adalah penumpang terakhir bas ekspres berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kamunting, dekat sini.Difahamkan, pemandu dan rakannya dikatakan berpura-pura memberhentikan bas di suatu lokasi yang tidak diketahui dengan alasan kenderaan itu mengalami kerosakan sebaik memasuki Kamunting.Kedua-dua lelaki berusia 30-an itu kemudian menaiki semula bas berkenaan dan mengunci pintu depan sebelum menghampiri anggota tentera terbabit serta terus memegang kaki serta cuba membuka bajunya.Bagaimanapun, prebet dari Kem Kamunting itu melawan termasuk menendang kemaluan kedua-duanya sebelum melarikan diri.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Kasim Ahmad, berkata anggota tentera itu bertugas di kem berkenaan selepas tamat latihan rekrut kira-kira setahun lalu.Beliau berkata, sebelum kejadian itu, mangsa menaiki sebuah bas ekspres kira-kira jam 8.30 malam dari Hentian Puduraya untuk pulang ke kem berkenaan.Katanya, apabila bas itu tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Slim River, mangsa diminta turun dan diarah menaiki sebuah bas ekspres lain untuk ke Taiping.“Ketika bas berkenaan tiba di Ipoh, ramai penumpang turun dan hanya tinggal dua penumpang iaitu mangsa dan seorang lagi penumpang lelaki untuk ke Taiping.“Penumpang lelaki itu turun di kawasan lampu isyarat dekat Plaza Tol Kamunting dan tinggal mangsa berseorangan bersama pemandu dan pembantunya berusia 30-an,” katanya di sini, semalam.Kasim berkata, selepas pergelutan dan berjaya melarikan diri, askar wanita itu berlari lebih dua kilometer dari tempat kejadian sebelum tiba di sebuah stesen minyak di Kamunting Jaya dan menahan sebuah teksi untuk ke Hospital Taiping (HT).Katanya, mangsa bagaimanapun pengsan ketika tiba di HT akibat trauma serta keletihan akibat berlari selepas melepaskan diri daripada kedua-dua penyerangnya itu.Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa cedera di kepala, leher, pinggang serta ada kesan lebam akibat terhantuk di kerusi penumpang bas ketika bergelut.“Mangsa kini sudah sedar serta dalam keadaan stabil tetapi masih dirawat di HT,” katanya.Justeru, Kasim meminta pemandu teksi dan penumpang bas yang ditukarkan di Hentian Rehat Slim River dan penumpang lelaki terakhir turun dari bas berkenaan tampil membantu siasatan.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, Inspektor Siti Zuraida Ismail di talian O5-8080222 atau 05-8082222 untuk membantu siasatan.
Lagi-lagi berita rogol. Nasib baik tak jadi. So kaum hawa, kat situ je suis "dia".



